Monday, September 8, 2008

Perlu Perhatian Menteri Besar

Sudah 6 bulan Pakatan Rakyat memenangi dan memerintah Perak,semua struktur ataupun piramid organisasi telah pun selesai yang terakhir sekali ialah perlantikan ketua kampung.Tetapi apakah ini menunjukkan sudah berakhir kerja-kerja yang patut dilaksanakan oleh pemerintah.
Hingga kehari ini untuk Parlimen Bagan Datoh khususnya DUN Hutan Melintang belum lagi ada perjumpaan dengan ketua2 kampung diadakan.Apakah perkembangan yang akan dibuat,yang sedang dibuat tidak kami ketahui.
Dalam Parlimen Bagan Datoh:
Ketua Kampung 35 (PKR 10 PAS 25)
Ahli Majlis 3 (KPR 3 PAS 1)Untuk Parlimen Teluk Intan 21orang.

Apakah sehingga sekarang tiada apa-apa perjumpaan lagi,bila lagi mahu buat kerja,kami mahu lihat rakyat terus mendapat manafaat hasil dari mengundi dalam PRU12.Elaun sudah mula diterima mereka kerja belum diberi apakah mahu makan elaun percuma.

Ahli majlis untuk Parlimen bagan datoh 3 sahaja adakah mencukupi sedangkan Parlimen Teluk Intan 21orang,inikah pembahagian yang betul?
Bila ada mesyuarat Tindakan DUN HUTAN MELINTANG.ADUN HUTAN MELINTANG YB KESAVAN BUAT APA TIDAK PUN ADA DIALOG DENGAN KETUA KAMPUNG,ORANG KAMPUNG SIBUK DUK LAYAN KONTRAKTAR JE,BAIK-BAIK BPR MENCARI2 SUDAH PUN AMBIL PERHATIAN.

Sunday, September 7, 2008

Pembangunan Simpang Empat

Simpang Empat Hutan Melintang

Merupakan satu-satunya bandar kecil yang pesat membangun.Peliknya Simpang Empat Hutan Melintang terletak di Parlimen Bagan Datoh tetapi pentanbirannya oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan.Sedangkan Teluk Intan sendiri terletak di Parlimen Teluk Intan.Tentulah Majlis Perbandaran ambil sambil lewa(kurang perhatian) sedikit dikawasan ini.Pembangunan disini kebanyakannya dimajukan oleh taukeh-taukeh Cina sudah tentulah mengikut kehendak mereka sahaja.Tiada perancangan yang lebih teratur.

Perancangan yg lebih awal dan teratur diperlukan supaya tidak berlaku pertindihan penguatkuasaan yang akan menyusahkan penduduk/rakyat.Perkara-perkara seperti ini menyebabkan rakyat muak/benci dengan sistem yang ada,terutama pihak kerajaan seperti Majlis Perbandaran,Telekom,Lmbaga Air dan lain-lain lagi badan yang sentiasa korek mengorek walaupun dalam jarak masa yang terdekat.
Perancangan Bandar perlulah dibuat dari sekarang,terutamanya perkara asas seperti jalan susur,paip air,jalan masuk ketaman-taman supaya tidak berlaku kecelaruan.Hasil daripada cukai tafsiran/pintu sepatutnya bukan untuk disimpan dan pertuntunkan untuk kebanggaan konon effisiennya kerja yang dibuat.Hakikatnya rakyat/penduduk memendam rasa marah kepada Majlis Perbandaran kerana perkhidmatan yang tidak memuaskan.Itu sebablah kawasan bandar terutamanya lebih cenderung memnyokong pembangkang.Ini patut diambil perhatian oleh pemerintah sekarang(pakatan rakyat)supaya kepercayaan terus dikekalkan.
Ini dapat dibuktikan dimana di Simpang empat sudah berapakali kebakaran dan tidak dapat dselamatkan habismusnah,tidak juga mendapat balaibomba.Bayangkan satu parlimen yang penduduknya padat tidak ada balaibomba,dimana duduknya ADUN dan AHLI PARLIMEN.

Benih sawit? SAMBIL MINUM-MINUM

Hati-hati membeli benih sawit,pastikan di luluskam MPOB.
Mungkin benih yang didapati di korek dari tepi-tepi jalan,dapatkan yang betul-betul terjamin baru hasil yang dinikmati berbaloi.Bayangkan nak jimat beli benih tanpa usul periksa, tanam sudah lima enam tahun baru tahu jenis tidak baik hendak musnahkan sayang modal sudah banyak,makan hati sajale.

Hubungi pembekal-pembekal yang selalu berkumpul diRestoran Basha,Simpang4,Hutan Melintang.

Disini juga boleh didapati KOPI RADIX,LINZHI,KOPI PEGAGA,CNI,POWER ROOT DLL dengan harga berpatutan.KUNJUNGILAH SEGERA!!!!!!!!

memancing di Pulau Sembilan

Berhubung di Restoran Basha,Simpang 4,Hutan Melintang untuk mendapat penerangan bagaiaman mendapat kemudahan bot,umpan dan juga pakej memancing.

Juga jika mahu mendapatkan chalet di Simpang 4,Hutan Melintang boleh berhubung di sini.

Mahu melihat bagaimana pendaratan ikan-ikan dari laut di Pendaratan Ikan terbesar di Malaysia.

memancing udang galah

Kalau mahu memancing udang galah boleh lah berhubung di Restoran Basha,simpang4,hutan melintang untuk mendapatkan keterangan bagaimana hendak mendapatkan peralatan,bot,sampan,umpan dan sebagainya.
Tempat untuk memancing ialah di Sungai Dulang yang merupakan lubuk udang galah di Bagan datoh.
Biasanya hujung minggu merupakan hari 'penuh tempahan',siapa dulu dia dapat.Harga tempahan boleh dirundingkan
.