Simpang Empat Hutan Melintang
Merupakan satu-satunya bandar kecil yang pesat membangun.Peliknya Simpang Empat Hutan Melintang terletak di Parlimen Bagan Datoh tetapi pentanbirannya oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan.Sedangkan Teluk Intan sendiri terletak di Parlimen Teluk Intan.Tentulah Majlis Perbandaran ambil sambil lewa(kurang perhatian) sedikit dikawasan ini.Pembangunan disini kebanyakannya dimajukan oleh taukeh-taukeh Cina sudah tentulah mengikut kehendak mereka sahaja.Tiada perancangan yang lebih teratur.
Perancangan yg lebih awal dan teratur diperlukan supaya tidak berlaku pertindihan penguatkuasaan yang akan menyusahkan penduduk/rakyat.Perkara-perkara seperti ini menyebabkan rakyat muak/benci dengan sistem yang ada,terutama pihak kerajaan seperti Majlis Perbandaran,Telekom,Lmbaga Air dan lain-lain lagi badan yang sentiasa korek mengorek walaupun dalam jarak masa yang terdekat.
Perancangan Bandar perlulah dibuat dari sekarang,terutamanya perkara asas seperti jalan susur,paip air,jalan masuk ketaman-taman supaya tidak berlaku kecelaruan.Hasil daripada cukai tafsiran/pintu sepatutnya bukan untuk disimpan dan pertuntunkan untuk kebanggaan konon effisiennya kerja yang dibuat.Hakikatnya rakyat/penduduk memendam rasa marah kepada Majlis Perbandaran kerana perkhidmatan yang tidak memuaskan.Itu sebablah kawasan bandar terutamanya lebih cenderung memnyokong pembangkang.Ini patut diambil perhatian oleh pemerintah sekarang(pakatan rakyat)supaya kepercayaan terus dikekalkan.
Ini dapat dibuktikan dimana di Simpang empat sudah berapakali kebakaran dan tidak dapat dselamatkan habismusnah,tidak juga mendapat balaibomba.Bayangkan satu parlimen yang penduduknya padat tidak ada balaibomba,dimana duduknya ADUN dan AHLI PARLIMEN.
_________________SHIRT FOLDER_______________
12 years ago
No comments:
Post a Comment