Saturday, September 6, 2008

TAUBAT

Merupakan kombinasi:-
i.kesedaran perlakuan yang dibuat menyalahi kehendak Allah dan Rasulullah
ii.Rasa menyesal
iii.Rela hati untuk meninggalkannya.

Taubat Nasuha
i.meninggalkan terus perlakuan yang disesalinya,
ii.rasa menyesal bersungguh-sungguh
iii.berazam tidak mengulanginya

Kesempurnaan taubat(kitab Mauizatul Mukminin)
i.menyesali dosa yg lalu
ii.tunaikan kewajipan
iii.kembalikan hak orang lain
iv.memohon halalkan
v.berazam tidak mengulangi perlakuan yg lepas
vi.didik/latih diri buat kebaikan
vii.jadikan kemanisan membuat kebaikan
viii.mendapatkan yang halal

ENAM BULAN SUDAH BERLALU PRU12

enam bulan sudah berlalu,
hutan melintang oh hutan melintang,
kalau dulu BN G Raju,
tiga penggal tidak juga maju-maju,
puas mencari pemaju,
tunggu,tunggu tidak tentu arah tuju,
hutan melintang tetap macamtu,
datang sahaja pru 12,
meletup! BN jatuh kerana banyak janji ditipu,
rakyat hutan melintang tertunggu-tunggu,
rupa-rupanya janji-janji tertipu,
K7 menang mengganti G Raju,
Pakatan Rakyat menang,
untuk buat perubahan baru,
kita tunggu,
kalau tidak juga berlaku,
ayuh kita jatuhkan next PRU.

ada maklumat hutan melintang/bagan datoh

emailkan:- uwaisikhwan08@yahoo.com

sebarang komen,cadangan,maklumat boleh kita panjangkan kepada:-
1.Ahli parlimen Bagan Datoh Dato Dr Zahid Hamidi
2.Adun Rungkup YB Saarani Mohammad
3.Adun Hutan Melintang YB kesevan(K7)
4.S/U Politik MB ust Misbahmunir

MAJU BAGAN DATOH

ekonomi islam bagandatoh

Masyarakat Islam di Bagan Datoh,

melebihi 70% dari keseluruhan penduduk,

silih berganti nikmat Allah beri,

hasil koko melonjak apabila kelapa jatuh,

diganti kelapa sawit apabila koko jatuh,

tidak putus RM yang masuk,syukur Alhamdulillah,

tetapi bagaimana dengan ekonomi lain terutama makanan,

mana kilang mee,bihun,sayuran semuanya bersumber dari mana,

kita tahu makan saja tidak tahu kehalalannya,

sayang seribu kali sayang,

lihat pekan bagandatoh,selekoh,sungai sumun.simpang empat hutan melintang,

berapa kedai muslim dan berapa kedai bukan muslim,

dimana hai muslim semua 'shoping',

tidakkah terasa fardhu kifayah belum selesai,

semua berdosa jika tiada satu pun kedai muslim,

belum lagi tanya kedai elektrik,motorsikal dan yang lain,

yang tidak perlu tanda halal,

mintalah bantuan Menteri Agama yg mewakili kita,

mintalah kepada Menteri Besar yang juga Islamik,

tambah-tambah lagi S/u MB juga orang sini,

kalau tidak mahu bantu!!!!

bagilah isyarat kali ini sahajalah,

PRU13 kuasa rakyat akan tentukan.

Thursday, September 4, 2008

masaalah ekonomi masyarakat islam

simpang empat hutan melintang

simpang empat hutan melintang,
namamu kurang selesa didengari,
tetapi ini penempatan yang strategi,
hampir semua bank ada di sini,
tiga masjid,empat sekolah menampung penduduk,
60%melayu,20%cina,20%india mengikut kaum,
pendatang luar semua ada mynmar,siam,indonesia,kemboja,bangladesh,
keja laut,ladang,niaga,klub tak rasmi semua ada,
masaalah sosial?penguasa polis,imigresen,kastam saja yg tahu,
kalau nak tahu lagi tanaya yb k7(kesevan),
nasiblah kau jadi yb kenalah ambillah masaalah rakyat,
tidak kiralah masaalah penduduk tempatan atau pendatang,
memang banyak cuma nak meletup ataupun tidak je,
kalau dadah memanglah pusat pendaratan,
cuma pemerhatian yb,mb yg perlu buat masa ini,
jangan sudah parah baru nak ambil perhatian,
bak kata nasi sudah jadi bubur,
keutamaan perlu untuk perhatian,
dari sekarang bukan nanti,
tangguh-tangguh,
hancur,
HM.

Wednesday, September 3, 2008

APA SUDAH JADI DGN GADAF MARBLE

Pelabuhan Gadaf Marble di Hutan Melintang Parlimen Bagan Datoh,peringkat permulaan memang hebat.Memudahkan kita berhubung dengan Sumatera Indonesia dan hanya bertahan satu tahun kemudian habis begitu sahaja.
Apakah samaada kerajaaan negeri atau perseketuan dapat membantu untuk memajukan lagi pelabuhan ini menjadi pelabuhan yang bertaraf antarabangsa.Bukankah dengan memajukan pelabuhan ini masyarakat Bagan Datoh lebih terbuka dengan dunia luar.Kalau Pelabuhan Lumut boleh diketengahkan mengapa tidak pelabuhan Ghadaf di Hutan Melintang.
Bagaimana Yb Kesevan ADUN Hutan Melintang,kalau Dato Dr Zahid Hamidi tidak mahu memajukan Hutan Melintang ayuh kita majukan.Bantulah pihak swasta yang mahu memajukan Hutan Melintang buktikan YB boleh walaupun tanpa Menteri Jab.Perdana Menteri yang dulunya Timbalan Menteri Pelancungan.Sepatutnya itulah tugasnya memajukan Bagan Datoh bukan sahaja tanggungjawab sebagai Tim Menteri Perlancungan malah ahli Parlimen Bagan Datoh.
Apakata kalau tanggungjawab untuk memajukan pelabuhan Hutan melintang ini dibuat bersama antara YB kesevan dan S/u Menteri Besar Perak

Tuesday, September 2, 2008

Bagan Datoh Istimewa

Istimewanya Bagan Datoh
Dulunya merupakan pengeluar utama kelapa dan koko,sekarang semuanya menjadi kenangan.Pusat penyelidikan koko dan kelapa(MARDI) tutup,timbul Lembaga Koko Malaysia pusat operasinya di Sabah.Penyelidikan kelapa tidak sampai kemana,semuanya didahului United Plantation yang mengeluar benih MAWA,MATAG,benih sawit dan juga pisang Cavendish.MARDI yang tinggal pesara-pesaranya sahaja,kelapa tidak tahu sampai kemana hasilnya.
Parlimennya di wakili dari BN oleh Dato Dr ZAHID HAMIDI sudah empat penggal(hampir 21thun,kalau remaja sudah matang/baligh-sudah layak mengundi),Bagan Datoh masih ditakuk lama,bandarnya masih menunjukkan sifat ketuaannya,tiada pembaharuan yang nampak.Tiada tempat untuk melancung/beriadah walaupun diwakili Timbalan Menteri Perlancungan,masih merupakan jalan mati,tempat memancingpun tidak seperti betul tempat memancing hanya wujud jeti yang tidak menarik langsung sekali datang tidak mahu datang lagi-serik.
Pernah memegang Perumahan Negara tetapi tidak adapun orang Bagan datoh yang dapat menafaat darinya,projek-projek swasta juga yang naik,penduduknya masih banyak yang tiada rumah,mohon tinggal mohon entah bila akan dapat tidak tahu.
ADUN Rungkup diwakili BN YBSaraniMohamad juga masih macamtu juga,cuma agak beruntung kali ini Ust Misbahmunir(PAS) yang bukan rakyat disini menjadi s/u politik Menteri Besar.Mungkin hikmahnya rakyat Rungkup akan mendapat peruntukkan dari kedua-dua saluran iaitu negeri dan persekutuan'double le'.Ayuh laksanakan tanggungjawab masing-masing untuk keuntungan rakyat,jangan untung diri sendiri sudahlah.
ADUN Hutan Melintang diwakili YB Kesavan (Keadilan) masih baru,banyak try n error' dan lebih nampak agresif untuk membantu rakyat,disini terletaknya lapan bagan untuk menaikkan ikan dan antara yang terbesar di Malaysia.Cuma bagaimana YB baru ini hendak memajukan Hutan melintang belum lagi nampak,sekarang masih mencari-cari nak start tak tau katmana.
Parlimen dan ADUN Rungkup dari BN,S/U MB dan Hutan Melintang dari Keadilan cubalah berlawan menarik hati2pengundi dengan membuat sebaik mungkin semuga PRU13 terpilih.