Masyarakat Islam di Bagan Datoh,
melebihi 70% dari keseluruhan penduduk,
silih berganti nikmat Allah beri,
hasil koko melonjak apabila kelapa jatuh,
diganti kelapa sawit apabila koko jatuh,
tidak putus RM yang masuk,syukur Alhamdulillah,
tetapi bagaimana dengan ekonomi lain terutama makanan,
mana kilang mee,bihun,sayuran semuanya bersumber dari mana,
kita tahu makan saja tidak tahu kehalalannya,
sayang seribu kali sayang,
lihat pekan bagandatoh,selekoh,sungai sumun.simpang empat hutan melintang,
berapa kedai muslim dan berapa kedai bukan muslim,
dimana hai muslim semua 'shoping',
tidakkah terasa fardhu kifayah belum selesai,
semua berdosa jika tiada satu pun kedai muslim,
belum lagi tanya kedai elektrik,motorsikal dan yang lain,
yang tidak perlu tanda halal,
mintalah bantuan Menteri Agama yg mewakili kita,
mintalah kepada Menteri Besar yang juga Islamik,
tambah-tambah lagi S/u MB juga orang sini,
kalau tidak mahu bantu!!!!
bagilah isyarat kali ini sahajalah,
PRU13 kuasa rakyat akan tentukan.
_________________SHIRT FOLDER_______________
12 years ago
No comments:
Post a Comment