Tuesday, September 2, 2008

Bagan Datoh Istimewa

Istimewanya Bagan Datoh
Dulunya merupakan pengeluar utama kelapa dan koko,sekarang semuanya menjadi kenangan.Pusat penyelidikan koko dan kelapa(MARDI) tutup,timbul Lembaga Koko Malaysia pusat operasinya di Sabah.Penyelidikan kelapa tidak sampai kemana,semuanya didahului United Plantation yang mengeluar benih MAWA,MATAG,benih sawit dan juga pisang Cavendish.MARDI yang tinggal pesara-pesaranya sahaja,kelapa tidak tahu sampai kemana hasilnya.
Parlimennya di wakili dari BN oleh Dato Dr ZAHID HAMIDI sudah empat penggal(hampir 21thun,kalau remaja sudah matang/baligh-sudah layak mengundi),Bagan Datoh masih ditakuk lama,bandarnya masih menunjukkan sifat ketuaannya,tiada pembaharuan yang nampak.Tiada tempat untuk melancung/beriadah walaupun diwakili Timbalan Menteri Perlancungan,masih merupakan jalan mati,tempat memancingpun tidak seperti betul tempat memancing hanya wujud jeti yang tidak menarik langsung sekali datang tidak mahu datang lagi-serik.
Pernah memegang Perumahan Negara tetapi tidak adapun orang Bagan datoh yang dapat menafaat darinya,projek-projek swasta juga yang naik,penduduknya masih banyak yang tiada rumah,mohon tinggal mohon entah bila akan dapat tidak tahu.
ADUN Rungkup diwakili BN YBSaraniMohamad juga masih macamtu juga,cuma agak beruntung kali ini Ust Misbahmunir(PAS) yang bukan rakyat disini menjadi s/u politik Menteri Besar.Mungkin hikmahnya rakyat Rungkup akan mendapat peruntukkan dari kedua-dua saluran iaitu negeri dan persekutuan'double le'.Ayuh laksanakan tanggungjawab masing-masing untuk keuntungan rakyat,jangan untung diri sendiri sudahlah.
ADUN Hutan Melintang diwakili YB Kesavan (Keadilan) masih baru,banyak try n error' dan lebih nampak agresif untuk membantu rakyat,disini terletaknya lapan bagan untuk menaikkan ikan dan antara yang terbesar di Malaysia.Cuma bagaimana YB baru ini hendak memajukan Hutan melintang belum lagi nampak,sekarang masih mencari-cari nak start tak tau katmana.
Parlimen dan ADUN Rungkup dari BN,S/U MB dan Hutan Melintang dari Keadilan cubalah berlawan menarik hati2pengundi dengan membuat sebaik mungkin semuga PRU13 terpilih.

No comments: