Bagaimana Melayu Berbeza Dengan Cina Di Mata Pegawai Bank
Anda minat berniaga? Ingin menjadi seorang usahawan dan berazam untuk berhenti kerja makan gaji untuk berniaga?, entri ini khas untuk anda sebagai maklumat tambahan.
Saya mula berjinak dalam dunia keusahawanan dalam penghujung 90-an. Perniagaan pertama saya adalah kedai makan di simpang tiga pekan kecil penanti. Kedai yang disewa daripada tuannya Pak Nea yang sudah berhenti sebab tak larat lagi meneruskannya.
Selepas berkelahi dengan abang yang sama-sama usahakan kedai makan itu, saya sambung belajar dan abang cari kerja lain. Selepas belajar sekejap saya makan gaji di Kulim dan mula mengintip untuk berhenti semula dan berniaga.
Kali ini saya mahu berniaga apa-apa saja, saya tak kisah, asalkan saya dapat berkawan dengan para usahawan lain yang berjaya. Itu saja matlamatnya, untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dari mereka. Lagipun saya masih bujang dan tak banyak tanggung jawab sangat kecuali pada mak saya.
Dari situ saya kenal seorang usahawan dalam bidang perubatan yang mengusahakan hospital bersalin dan juga rangkaian kedai ubat. Hebatnya kawan saya itu ialah, dia bukannya seorang doktor walaupun dia membuka haspital. Masa itu dia antara melayu unik kat kampung tu yang pakai kereta merz c-class.
Cerita tentang bagaimana seorang pegawai bank lihat perbezaan melayu dan cina ini saya dapat dari dia yang menemuramah pegawai-pegawai bank bagi memahami kenapa melayu jarang dapat kelulusan pinjaman bank untuk berniaga.
Kawan saya bertanya kepada pegawai bank apa perkara pertama yang terlintas di benak kepalanya apabila melihat seorang melayu melangkah masuk ke dalam bank komersial yang menguruskan pinjaman perniagaan. Jawapannya amat mengejutkan dan tidak pernah terfikir oleh saya.
Kata pegawa bank tersebut apabila melayu masuk, dia akan berkata dalam hatinya, 'melayu ini datang nak berhutanglah tu!'. Apabila ada orang cina atau apek cina yang masuk dia akan terus terdetik dalam hatinya, 'cina ni tentu datang nak berniaga!'.
Walaupun kedua-dua bangsa tersebut masuk ke bank itu untuk mendapatkan pinjaman bagi perniagaan mereka, namun di mata pegawai bank itu sudah melekat 2 persepsi yang berbeza yang mempengaruhi cara dia melayan kedua-dua bangsa tersebut. patutlah melayu susah nak dapatkan pinjaman pawa waktu itu, dan mungkin juga sehingga kini persepsi yang sam masih melekat dalam kepala pegawai bank.
Kenapa agaknya jadi begitu, saya mula mencari fakta-fakta kenapa mereka berfikiran sebegitu maka terjumpalah saya fakta daripada rancangan malaysia ke-7 yang dibentang pada tahun 1996 seperti di bawah ini. Mungkin kerana orang melayu terlalu sedikit berniaga menjadi punca apabila masuk ke bank orang cop sebagai nak berhutang, bukan nak berniaga.
Data 1996 mendapati bahawa jumlah orang melayu yang berniaga hanya dalam lingkungan 5%. Dalam jumlah tersebut 80% terlibat dalam perniagaan kecil seperti gerai, pasar malam, kedai runcit, kedai tukang emas, kontraktor kecil, tukang jahit, dan lain-lain yang seumpama dengannya.
Hanya 6% daripada orang melayu yang melibatkan diri dalam bidang jualan. Tak ramai melayu yang terlibat dalam bidang pemborongan besar atau menjadi agen syarikat-syarikat besar antarabangsa. Dalam perusahaan industri kecil dan sederhana pula, jumlah orang melayu yang ada dalam industri itu hanya 15%.
Saya tak tahu macam mana statistik bangsa melayu dalam bidang keusahawan keseluruhannya sekarang di Malaysia adakah masih kekal dalam lingkungan 5% sahaja atau sudah meningkat lebih daripada itu.
Seperkara lagi yang saya ingin sangat saya ketahui adalah berapakah peratusan ahli Pas yang berniaga dan berapa ramai pulak yang boleh dikategorikan sebagai peniaga yang berjaya. Berapa ramai pula yang masuk dalam senarai 100 terkaya di negara kita.
Mungkin jawapan yang bakal saya dapat adalah orang Pas tak mau tengok semua itu, kita hidup dan berpolitik atas dasar dakwah dan bukan untuk menjadi orang paling kaya atau peniaga yang berjaya. Saya teringat kata-kata seorang ulama Pas di Kedah ketika menolak buku Dr Mujahid, matlamat kita adalah dakwah, bukannya untuk menawan Putrajaya....ya saya setuju, betul lah tu, kita tak akan tawan Putrajaya