Tuesday, April 5, 2011

fakta-fakta tentang ukuran kelamin lelaki dan wanita.

Laman web porno di internet selalu menyebabkan punca info yang salah kepada orang ramai tentang ukuran kelamin atau organ seks yang sebenarnya. Berikut adalah fakta-fakta tentang ukuran kelamin lelaki dan wanita.

Beberapa angka menarik tentang ukuran organ seks manusia baik wanita mahupun lelaki seperti dilaporkan Medindia dan Womenhealth pada Selasa (8/3/2011), adalah:

Organ kelamin lelaki

1. Zakar ketika ereksi
Ukuran purata zakar ketika ereksi adalah di antara 5 hingga 7 inci (12.7-17.8 cm) dengan sudut tegak 15 darjah secara horizontal menghadap ke atas.

2. Zakar ketika relaksi atau rehat
Ukuran purata zakar ketika relaksi (tidak ereksi) adalah antara 3 hingga 5 inci (7.6-12.7 cm) mengarah ke bawah.

3. Ukuran testis
Ukuran purata testis (buah zakar) adalah 5 x 2 x 3 cm atau panjang 5 cm, lebar 2 cm dan diameter (tinggi) 3 cm. Biasanya testis kiri tergantung lebih rendah daripada testis kanan sehingga kelihatan lebih besar.

Organ kelamin wanita

1. Kedalaman vagina normal
Ketika tidak terangsang secara seksual,kebanyakan wanita memiliki vagina dengan kedalaman 3 hingga 4 inci (7-10 cm) dengan diameter 0.8 inci (2 cm).

2. Kedalaman vagina ketika terangsang
Ketika mengalami rangsangan seksual, aliran darah akan menyebabkan pangkal rahim (serviks) dan rahim naik, sehingga saluran vagina mengalami regangan dan kedalamannya menjadi sekitar 4-7 inci (10-17 cm) dengan diameter 2.5 inci (6.35 cm).

3. Sudut vagina
Letak sudut pada vagina ketika hubungan kelamin sepadan dengan sudut organ lelaki (zakar) dan terletak pada 45 darjah.

4. Selaput dara
Ukuran selaput dara sangat tipis, purata tebal selaput dara adalah 0.05-0.10 inci (0.127-0.25 cm).

5. pH vagina
pH vagina normal adalah antara 4 hingga 5, sedangkan pH bagi urine 5.5 hingga 6.5.

6. Klitoris
Panjang purata total klitoris adalah 1 inci (2.5 cm) dan bahagian yang menonjol keluar panjangnya 0.2 inci (0.5 cm). Hal ini sepadan dengan zakar yang penuh dengan saraf-saraf.

Ejakulasi dan orgasma
Panjang purata sperma adalah 4 mikron
Purata kepekatan sperma adalah 20 juta sperma per mililiter
Purata jumlah sperma per ejakulasi adalah 300-500 juta sperma
Seumur hidup seorang lelaki mempunyai purata jumlah sperma 1,2 triliun
Purata kelajuan ejakulasi ialah 28 mil per jam atau 45 km/jam
Purata isipadu ejakulasi ialah 4 ml atau hampir satu sudu teh
Setelah masuk ke dalam vagina, 4 mikron sperma hanya memerlukan 5 minit untuk menyeberangi 6 inci (15.2 cm) pangkal rahim.
Masa purata orgasma bagi lelaki ialah 3-5 saat sedangkan bagi wanita lebih lama sedikit iaitu 5 hingga 8 saat.

Friday, March 18, 2011

kursus jenazah

kursus jenazah

menguruskan tembuni


PANDUAN DAN CARA MENGURUSKAN URI (TEMBUNI)

Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata “Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.

“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula,” katanya lagi.

Malah menurut Dr.Anisah, perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau macamana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya.

Nabi pernah berkata, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanya lah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.

Malah menurutnya lagi, tidak ada doa doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yg soleh atau solehah.

“Cukup sekadar baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad. Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam,” kata Dr. Anisah

Menurut adat orang melayu, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam uri.

Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yg telah diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan akidah.

Bagaimanapun menurut beliau, jika petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan.

“Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya. Keadaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,” katanya lagi.

Tuesday, March 15, 2011