Sunday, November 7, 2010

gunung merapi

gambar dlm kaabah

Tuesday, November 2, 2010

Monday, October 25, 2010

Jalan Raya Paling Selamat Di Dunia

San Marino mempunyai jalan raya yang paling selamt di dunia berdasarkan kajian oleh WHO yang mendapati purata, hanya sebanyak 3.2 kematian di jalan raya berlaku setahun di negara tersebut.


Berikut senarai 10 negara di ikuti kadar kematian jalan raya dalam setiap populasi seramai 100,000 orang. Negara-negara tersebut mempunyai jalan raya paling selamat di dunia daripada keseluruhan 170 negara yang telah dibanci oleh WHO:


1.San Marino 3.2
2.Malta 3.4
3.Uruguay 4.3
4.Belanda 4.8
5.Singapura 4.8
6.Switzerland 4.9
7.Jepun 5.0
8.Norway 5.0
9.Sweden 5.2
10.UK 5.4
Sekali lagi jiran kita Singapura berada dalam senarai 10 terbaik. Mungkin ada yang berkata rakyat singapura kalau nak pandu laju mereka akan masuk ke negara kita dan mula melanggar undang-undang jalan raya. Kita kena tengok statistik berapa ramai rakyat Singapura yang mati kerana kemalangan jalan raya di lebuh raya Malaysia.




Dalam senarai juga menunjukkan negara yang selamat jalan raya nya juga negara yang kaya. Bermakna pendapatan rakyat mereka adalah tinggi. Adakah sebab mereka tak perlu tergesa-gesa cari duit membuatkan mereka memandu secara berhemah atau mereka takut mati meninggalkan harta yang banyak.

Monday, October 18, 2010

Wasiat Imam Syafie



Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan